Monday 7 October 2013

BUKAN YANG DULU

ASSALAMUALAIKUM semua,

Dah lama rasanya qis tak update blog ni kan.. bukan tak nak update, tapi busy dan saja mendiamkan diri untuk melihat telatah org org disekeliling. 

Urm, korg semua apa khabar? sihat tak? hopefuly korg semua sihat2 lah ye :) topik untk post hari ni takdelah best mana. its all about my self. hihih. poyo pulak kan.. ni bukan sesi luahan hati ke apa tau :) 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

KEHADAPAN SEMUA MANUSIA DAN MATA-MATA YANG SERING MELIHAT DAN NAMPAK AKAN KELEMAHAN DIRIKU INI, AKU MOHON KEPADA KALIAN BERIKAN AKU SEDIKIT RUANG DAN PELUANG UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DALAM HIDUP KALIAN. AKU TIDAK PERNAH MEMINTA YANG LEBIH DARI KALIAN, TETAPI CUKUP AKU MEMINTA KALIAN MENASIHATIKU, MENEGURKU, MEMIMPIN KU KEARAH YANG BENAR.AKU BERHARAP BAHAWA KALIAN TIDAK MENJADI ORG YANG MENTERTAWAKAN AKU KERANA KEJAHILANKU. 

AKU SEPERTI MANUSIA BIASA. AKU BUKAN MAKSUM. AKU SERINGKALI JUGA MELAKUKAN KESILAPAN. TAK PERNAH LARI DARI KESALAHAN. TAPI AKU MAHU BERTANYA KEPADA KALIAN, APAKAH BERDOSA AKU MAHU MENGUBAH DIRI AKU YANG DULUNYA JAHIL DAN TIDAK SOLEHAH KPD YG BAIK? APAKAH AKU TIDAK LAYAK UNTUK BERBUAT BAIK HANYA KERANA SIKAP AKU YANG DULUNNYA KEPADA KALIAN JELIK. HANYA KERANA AKU DULU SEORANG YANG PEMARAH LALU KALIAN TERUS NAK MENGHUKUM AKU KEPADA YANG LANGSUNG TIDAK LAYAK MEMBUAT KEBAIKAN? 

AKU JUGA PUNYA IMPIAN UNTK MENJADI MANUSIA YANG TERBAIK DIMUKA BUMI INI. AKU JUGA INGIN MENJAGA DIRI AKU INI SEBAGAI WANITA YANG TIDAK PERNAH TERLUKA HATINYA. TAPI, SEKARANG INI AKU MERASAKAN SEPERTI ADA YANG TIDAK MAHU LANGSUNG PEDULIKAN HATI AKU, YANG ABAIKAN SEDIHKU, YANG BUANG RASA SAYANGNYA KEPADA AKU. AKU SENDIRI TIDAK PASTI KENAPA ITU TERJADI.

TIPULAH KALAU AKU CAKAP AKU TAK PERNAH HENDAK MENJAGA HATI KESEMUA KALIAN, TAPI, HATI AKU SENDIRI TAK TERJAGA, AKU HENDAK BERTANYA PADA SIAPA? SIAPA YANG HENDAK DIPERTANGGUNGJAWABKAN? HIDUP AKU, AKU HANYA PEGANG KEPADA SATU SAHAJA "BIARLAH ORANG NAK BUAT APA KAT KITA ASALKAN, KITA BUAT BAIK PADA ORANG. TAK SEMESTINYA BAIK YANG KITA BERI BAIK JUGA KITA DAPAT BALASANNYA" 

JADI UNTUK YANG SEKARANG INI, AKU MENJALANKAN KEHIDUPAN AKU SEDERHANA SAHAJA. AKU CUBA UNTUK SEIMBANGKAN DUNIAWI DAN UKHRAWI. SIAPA TAK FAHAM DAN TAK NAK FAHAM, AKU TAK PAKSA SEBAB SESUNGGUHNYA PERSAHABAT YANG DIJALINKAN JIKA NAWAITU KITA KERANA ALLAH KITA AKAN RASA DIHARGAI DAN AKAN MENGHARGAI PERSAHABATAN ITU. 

PADA SESIAPA PUN YANG MENGENAL DIRI AKU INI, AKU INGIN MEMOHON SERIBU KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN DARI KALIAN. ANDAI DIRI INI TERLALU BANYAK BUAT SALAH DATANGLAH KEPADA DIRI AKU INI DAN MENYATAKANNYA. DAN AKU JUGA BERHARAP SEMOGA KALIAN JUGA MENYEDARI AKAN KESALAHAN YANG KALIAN LAKUKAN TERHADAP AKU, TERHADAP DIRI KALIAN DAN ORANG-ORANG SEKELILING KALIAN. 

AKHIRRU KALAM, 
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH :) 
SEKIAN DARI AKU YANG TIDAK SEMPURNA.

Thursday 6 December 2012

Sabar :')

 Assalamualaikum semua, hari ni qis akan kongsikan dengan anda semua mengenai SABAR. Siapa tau apa itu sabar? Angkat tangan.. hee.. eah, tak nampak lah siapa yang angkat tangan tu. hihi :) gurau-gurau je ye. Sebelum qis meneruskan penulisan qis tentang tajuk baru ni, qis nak terangkan pada semua definisi sabar. Pada siapa yang tahu, Alhamdulillah. Tapi pada siapa yang tak tahu, harap degan apa yang qis kongsikan ni dapat membantu ye. Sabar dalam konteks ISLAM adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak agama Islam, bahkan juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

Lebih daripada 90 ayat dalam kitab Allah yang agung dan sungguh indah penulisannya iaitu AL-QURAN telah menceritakan mengenai kesabaran. Antaranya ialah Firman Allah yang bermaksud; Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. ~ Surah AL-BAQARAH : AYAT 153.

Ringakasnya disini ialah, semua orang haruslah menanamkan sifat sabar yang mendalam kerana melalui kesabaran itulah yang akan mencerminkan sifat seseorang itu. Melalui kesabaran juga kita akan memperoleh sesuatu yang bernilai daripada Allah. Allah sengaja memberi ujian kepada setiap hambaNya kerana Allah hendak menguji sejauh manakah tahap kesabaran seseorang hamba itu. Jika Allah memeberi ujian kemiskinan kepada kita, maka janganlah kita terus menyalahkan  Allah dengan sebab kemiskinan kita itu, bahkan kita haruslah bersabar dan bersyukur Allah masih lagi memberi ujian kepada kita. Allah mendatangkan ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita.
Jadi, untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah, kita kena bersabar dengan ujian kemiskinan itu dan berusaha untuk mencari jalan keluar daripada kemiskinan, bukanlah hanya sekadar berharap kepada bantuan daripada orang lain. Jadi, setelah kita berusaha barulah kita akan mendapatkan hasilnya. Untuk mendapatkan hasilnya itu juga kita perlukan kesabaran yang tinggi, jika kita tidak mempunyai kesabaran yang tinggi kita hanya akan temui jalan putus asa. Ingatlah, dengan kesabaran pelbagai yang boleh terjadi. 

Tuntasnya disini, Allah hendak menunjukkan kepada hambaNya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah tergopoh-gopoh dalam sesuatu hal itu kerana sifat tidak sabar itu sebahagian daripada perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan satu peringatan untuk semua, hanya  kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak dinoda oleh iblis dan syaitan laknatullah. 

                                            SELAMAT BERAMAL SEMUA =) 






Friday 30 November 2012

Kedewasaanku :')

Assalamualaikum semua :) Setelah sekian lama qis tak update blog, baru hari ni berkesempatan qis nak update post baru. Maklumlah semenjak jadi mahasiswi ni masa qis tak begitu lapang untuk update topik-topik yang boleh beri manfaat kepada semua kan :) heehee. 

Terus terang qis cakap mana ada perkara yang mudah dalam dunia sekarang ni kan? Kalau nak sesuatu perkara tu menjadi mudah, macam-macam benda kita kena buat. Contohnya macam kalau nak berjaya kena berusaha, kalau nak senang kena susah-susah dahulu dan sebagainya. 

Jadi sebenarnya, kehidupan ni jika makin kita dewasa makin kita di uji, jika kita seorang hamba yang bertakwa, Insya Allah kita kental menghadapi pelbagai pancaroba liku-liku kehidupan yang datang dalam hidup kita.

Sejujurnya menjadi mahasiswi ni bukanlah suatu perkara yang senang. Walaupun susah, kita harus menghadapinya juga. Qis nak share pengalaman qis waktu qis dalam sem 1 di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Waktu sem 1 tu qis rasa qis dah hampir nak berputus asa dalam study sebab qis hanya ada masa dalam 7 minggu untuk habiskan silibus pembelajaran untuk sem 1.

Waktu tu, qis memang hanya berserah pada Allah je. Nak tak nak qis kena juga habiskan sem 1 tu dengan cemerlang. Jadi dalam masa yang singkat tu, qis study bersungguh-sungguh(xde la sungguh mana pun sbenanya) sebab nak kejarkan pointer yang tinggi.

Tapi, qis sedar, kalau nawaitu kita untuk belajar tu hanyalah untuk kejar pointer je, mesti takkan ada keberkatan.Keadaan akan berubah jika kita tukar nawaitu kita kepada belajar niatkan hati kepada Allah semata-mata. Insya Allah berkat semuanya.

Alhamdulillah, setelah qis perbetulkan niat qis tu, akhirnya keputusan exam final semester 1 qis pun dah keluar dan qis dapat flying colours. Pertama kali qis memanjatkan syukur kepada Allah sebab kerana DIA qis berjaya :) Kemudian big thanks to my family la, sebab dorang selalu support qis in what ever i do.Also big thanks untuk semua rakan-rakan seperjuangan qis kat KPAKK:)  Alhamdulillah.

Jadi sekarang, perjuangan qis tak berhenti sampai disini sahaja, sekarang qis tengah berusaha dan fokus untuk exam final untuk sem 2 yang lagi 4 minggu akan menjelang. Debaran di hati ini hanya Allah saja yang tahu.

Kawan-kawan mohon doakan kejayaan qis untuk semester 2 ni yaa. Semoga kebaikan menjadi milik anda semua juga (^.^)v



Monday 11 June 2012

CINTA ouh CINTA !


Cinta itu fitrah. Sering kita ungkap, sering kita singkap betapa besar perasaan cinta. Cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang membicarakannya. Ya, cinta itu sifatnya suci dan kalam. Namun, kita sebagai manusia yang mencacatkan cinta. Apabila ditanya, cinta apa yang utama, ramai atau mungkin semua akan katakan, 'cinta kepada Allah'.
Tepat sekali.
Namun, ramai yang tahu secara tepat, tapi tidak faham secara jelas. Cinta utama sudah pasti cinta kepada Allah. Mari kita muhasabah diri bersama-sama. Sebagai contoh, jika kita mendapat panggilan daripada kekasih daripada mendengar azan dari masjid, yang mana kita utamakan? Atau bila diajak untuk keluar bersama pasangan daripada menunaikan solat, mana yang kita dahulukan? Ataupun bila diajak membuat kebaikan daripada mencari habuan atau ganjaran dunia, yang mana kita lakukan? Tepuk dada, tanya iman.
Kita manusia mampu berkata-kata, mampu bersandiwara. Kita terbabas dari realiti dan lebih mengejar fantasi kehidupan berbanding mencari husnul khotimah. Ingatlah, diri kita (manusia) tanpa rahmat Allah ibarat tin kosong yang berkarat. Sungguh, lihatlah cinta itu pada mata hati bukan pada pancaindera dan rasa semata-mata kerana terdapat nikmat iman jika kita mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Teliti dan fahami maksud hadis berikut:
Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi daripada yang lain; mencintai yang lain kerana Allah; tidak suka kembali pada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka.' (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Ahmad)
"Sabda Rasulullah SAW lagi: "Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai oleh daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia." (Riwayat al-Nasa'i)


Jalan mencari cinta



Jalan cinta bukan mudah. Akal dan pemikiran muda mudi kini sering kali disesakkan dengan ideologi dan kata-kata indah tentang wujudnya 'cinta islamik' sebelum berkahwin. Sedarlah, tiada cinta sebelum nikah. Andai kata kita mengucapkan rasa cinta kepada seseorang yang tiada ikatan yang sah sudah pasti bakal mengundang zina hati atau fitnah tanpa disedari. Ungkapan 'aku mencintaimu kerana Allah' dijadikan satu alasan untuk meng'halal'kan cinta mereka semata-mata. Jadi, pilihan ada pada kita semua.Mari kita selami hadis ini: "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)


Amat besar nikmat cinta jika yang dicari demi mendapat keredhaan Ilahi. Inilah perjalanan kehidupan, cinta mencipta seribu satu persoalan. Cinta Ilahi adalah segalanya. Cinta kerana Allah akan sampai ke penghujungnya. Biar dirasai kepahitan dalam mencari cinta agar mendapat kemanisan hikmah di sebalik kisah cinta.




Aspek memilih cintaSebagai seorang Muslim, iman dan taqwa jadi pegangan. Al-Quran wajib dijadikan pedoman dan ditegakkan serta as-sunnah mesti dijadikan ikutan. Begitulah juga dalam aspek memilih cinta hati atau pasangan hidup kita. Agama perlu dijadikan panduan utama.Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, jagalah kesucian diri, simpanlah perasaan yang bersemi di hati, cinta Ilahi adalah cinta abadi. Islam, iman dan ihsan adalah aspek penting dalam memilih calon yang soleh dan solehah. Mohonlah doa dan keredhaan daripada Allah semoga dikurniakan seorang insan yang akan membuatkan kita bahagia di akhirat kelak nanti. Jadi, ingatlah, iman, ikhlas dan sabar adalah kunci kepada cinta yang suci.Firman Allah SWT:




"Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa."(Surah al-Furqan 25: Ayat 74)Insya-Allah.

Wednesday 9 May 2012

Rahsia JODOH saya :)

      Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia.   Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan.
Di muara itu, pedih itu akan mengalir perlahan-lahan, lesu tapi pasti ke hulu hati. Dan inilah kisahnya, kisah bagaimana saya akhirnya menegadahkan wajah pada yang namanya bahagia yang pedih.

Tahun akhir.
 
Tahun terakhir di universiti menjadikan saya perempuan yang kurang terkendali. Tugasan akhir perlu dihantar, harapan ibu bapa juga perlu dijunjung, namun paling membuat saya terjerembap pada namanya pedih, adalah kata-kata mitos yang entah siapa menciptanya.
Kata mereka, "Sekiranya kamu sudah berada pada tahun akhir, tetapi kamu belum punya buah hati, kamu akan sulit mencari jodoh."
Saya tahu itu mitos, namun tetap sahaja ia mengganggu hati pada ketika mata mahu pejam. Ia seperti nyamuk yang lapar dan menyangka telinga kita adalah tempat meluahkan rasa laparnya.
Saya cuba sabarkan diri, cuba penuhkan waktu dengan segala jenis kesibukan yang saya tahu, namun tetap sahaja kata-kata mitos itu berdatangan masuk ke dalam hati. Jelas, hati saya masih ada celah-celah yang tidak saya ikat rapat-rapat, walaupun sudah segenap usaha saya mencuba.
Bertanya juga saya dalam hati, "Mengapa tidak ada yang mengutuskan surat cinta?"
Untuk pertanyaan itu sering saya jawab dengan penuh rasa rendah diri, "Saya bukan perempuan yang cantik."
Yang bertambah merisaukan saya adalah pada hari itu, pada ketika saya mahu menyedapkan hati, mahu berkata cinta sebelum nikah itu haram lalu saya bertanya kepada teman sebilik saya yang tinggi ilmunya.
"Kamu tidak fikir cinta sebelum nikah itu haram?"
Dalam tersenyum dia menjawab, "Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta.
Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, beliau bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah". Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah."
Itu jawapan yang saya pegang bersama dengan runsing pada mitos yang saya tidak tahu di mana benarnya. Mujur juga, teman sebilik saya yang cantik, alim dan bijak itu tidak ada teman lelaki. Keadaan itu melegakan hati saya kerana saya tahu, saya tidak sendiri.
Yang paling melegakan saya adalah bicaranya. Katanya, "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Lalu berdoa sahajalah yang dapat saya lakukan, dan akhirnya, seperti doa dalam diam saya dijawab Tuhan, dan pada hari itu saya menemukan lelaki ini, lelaki yang membuatkan mitos itu kabur daripada hati saya.

Lelaki. 

Dia rakan sekuliah, dan dia seorang yang sangat tekun belajar dan dia cuma kalah tekunnya kepada rakan karibnya sendiri. Markah peperiksaan dia tidak pernah gagal mendapat B ke atas. Pada wajah dia, semua sepakat mengakui, jelas sinar kejayaan di situ. Saya juga melihat perkara itu dan saya akui dalam tidak sedar, hati saya mula terpaut kepada dia.
Namun, perempuan tetaplah perempuan. Malu itu adalah perkara nombor satu. Malahan dengan kacak wajah lelaki itu, saya sangat yakin, setidak-tidaknya dia sudah punya kekasih yang akan diajaknya bernikah usai menerima ijazah.
Itu yang saya yakin sehinggalah pada hari itu, selepas peperiksaan terakhir, pada ketika di luar dewan peperiksaan masih riuh dengan gelak tawa, dia datang kepada saya.
"Saya tidak pandai berkata-kata dan saya masih malu," ucap dia yang pertama, membuat saya terhairan-hairan.
"Jadi?"
"Begini, biar saya berterus-terang." Lelaki itu menggaru-garu dahinya yang saya tahu tidak gatal, tetapi gaya itu membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Begini...." Pada ayat itu juga dia berhenti dan kembali tunduk.
Saya hanya melihat jam, dan apabila melihat saya begitu, wajahnya terlihat risau.
"Begini...."
"Apa yang begini?" soal saya segera.
"Begini, saya bertanya kepada ibu saya, bagaimana saya mahu mencari perempuan yang baik untuk saya nikahi. Ibu saya menjawab, saya tidak perlu risaukan berkenaan perkara itu. Perkara yang perlu saya risaukan adalah diri saya sendiri. Saya perlu menjadi lelaki yang baik dan pada ketika itu persoalan 'bagaimana mencari perempuan baik' akan selesai dengan sendirinya," jelas dia panjang.
"Jadi?" soal saya lagi dengan hati yang sudah berdegup kencang.

"Jadi, saya fikir, dalam empat tahun di sini saya sudah berusaha sebaik mungkin menjadi lelaki terbaik, dan saya fikir, lelaki yang baik bukan lelaki yang sekadar menanti jodohnya, tetapi adalah lelaki yang juga mencari, dan itulah yang saya mahu beritahu," jawab dia dengan tergagap-gagap.
Mendengarkan itu pipi saya menjadi merah. Apa maksud dia? Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu kepada saya? Takkan dia.... Tiba-tiba saya berasa saya menjadi perempuan yang sangat bertuah.
"Jadi, saya minta tolong awak, tolong hantarkan surat ini kepada rakan sebilik awak," kata dia lalu menghulurkan surat bersampul biru muda kepada saya, dan terus rasa bertuah saya hilang entah ke mana, dan terus sahaja merah pipi saya bertambah hangat.
"Sebelum awak salah anggap, ia bukan surat cinta, tetapi ia adalah surat izin mahu berjumpa ayahnya. Jadi saya harap awak tidak anggap saya ini lelaki yang sekadar bermulut manis," jelas dia dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu, pedih saya sudah bermula. Teman yang membuatkan saya selesa itu juga sudah menerima surat cinta, dan saya? Tetapi saya tetap bahagia kerana teman baik saya itu mendapatkan lelaki yang mendengar kata-kata ibunya, lelaki yang cerah masa hadapannya. Saya bahagia tetapi tetap sahaja ia bahagia yang pedih.

Lalu pada ketika saya memberikan surat sampul biru muda kepada teman sebilik saya, dia berkata, "Sebenarnya, kamu juga mendapat surat yang sama daripada rakan karib lelaki itu. Kamu sangat bertuah." Lantas dia menghulurkan satu sampul surat putih kepada saya.
Pada sampul surat putih di tangan saya itu, saya tahu seperkara, apapun isinya, ia adalah petunjuk kepada rahsia jodoh saya.

Tuesday 8 May 2012

Cinta + Baitul Muslim

Cinta?
Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.
Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda 

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman,
  "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" 

SubhanAllah.
Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.

Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim


Cinta + Baitul Muslim? Bagaimana tu ya?
Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah...
Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insyallah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. Kenapa saya berkata seperti itu adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.

Subhanallah, indahnya. Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insyallah. Walau bagaimanapun, saya juga sedar bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun saya yakin, Insyallah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insyallah kita boleh. Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insyallah.
Jika ada salah silap dari pihak saya, seribu kemaafan ku pohon.
Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari DIA dan sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.

Friday 16 December 2011

VeRsUs

     




       Assalamualaikum semua :) hari nie qis nak bercakap pasal versus...ok,menurut anda-anda semua apa yang anda faham tentang VERSUS?ok...tak kisah lah ape yang korang semua describe versus tu macam mana..tapi kali nie qis nak ckp tentang versus menurut diri qis sendiri :)
    Sungguhlah orang kata kalau kita nak berubah dari satu perkara yang kita dah biasa lakukan untuk menjadi yang lebih baik,mungkin terasa payah.Tidak dinafikanlah..kalau tak percaya cuba kita tanya kat orang2 yang telah pun berubah menjadi lebih baik dan meninggalkan kehidupan lampau yang penuh dengan dosa dan titik2 hitam dihati mereka.Mesti mereka akan mengatakan bahawasanya yg mereka ada terasa kepayahan itu sendiri..ok..scara random lah kan qis nak bercakap tentang budaya couple lah kan...ok..untuk bdk2 zaman sekarang nie kan,mereka sendiri dah tahu apa hukumnya..ya HARAM..tapi kenapa mereka buat jgk..adakah mereka hendak mencabar hukum Allah?qis pon satu ketika dulu penah juga couple2 ni.sbb nak merasa mcm mne rasanya bila bercinta kan..kononnyalah..padahal time tu qis sedar that's not a suitable time untuk bercintan cintun nie..orang2 kat sekeliling qis nasihat qis,qis buat selamber je,org perli2 qis buat dek je,sampai kan ade someone tu dah bagi qis baca satu article tentang Haramnya bercouple nie qis boleh buat amik ringan je..hmm..tapi tu dululah...sekarang Alhamdulillah qis dah tinggalkan bende2 mcm tu..dan qis berharap sgt yg apa yg qis buat nie ISTIQAMAH..tapi kan untuk tinggalkan semua2 tu bukan mudah tau..seakan-akan menguji kekuatan jiwa kita...hari pertama untuk jauhkan diri dari semua tu,memang susah dan berat tau..qis rasa down sgt2..qis jadi malu dengan Allah,qis jadi malu dngn org2 sekeliling dan org2 yg dah bagi nasihat kat qis..bayangkan betapa beratnye nak lepas dan melupakan sesuatu yang pernah terjadi kat diri kita sendiri..sakitnya yang Allah s.w.t sahaja yg mampu memberikan penawarnya..tapi lama kelamaan qis berfikir dan berfikir dan mencari kembali kebaikannya hidup tanpa couple nie kan..akhirnya qis jmpe jgk..qis mengaku yg kehidupan qis dah berubah 360 darjah..sampaikan org2 sekeliling qis pon fikir yg qis nie berubah kembali pada fitrah sbb kan lelaki ke?but i only can say yg qis berubah only for HIM(Allah)..terpulangflah pada org yg nak menilai qis mcm mne kan..mulut orang mne boleh tutup..yang penting skrg qis akan berusaha mencari ilmu,mencari apa yang masih tak cukup,mohon pada yaRab supaya diberikan hidayahnya:)dan yg paling penting sekali qis akan mencari dan mendapatkan cinta yg hakiki iaitu cinta ALLAH S.W.T...insyaAllah..mudah-mudahan Allah memberikan qis kesempatan untk meraih apa yg qis inginkan :) qis berharap sgt anda-anda semua sedarlah bahawa cinta kpd manusia tidak akan kekal..tetapi cintalah kepada sang Pencipta :)barakah yg akan kita perolehi..insyaAllah..yakin pada Allah..jnji Allah bukanlah janji palsu..Allah tidak pernah penat dan jemu untk mendengar doa2 kita..bermohonlah kepada Allah supaya diberikan jodoh yg soleh,yang baik,yang boleh mendorong kita kearah kebaikan..dan buat sang jejaka,jngnlah kamu menjadi seorang yg x bertanggungjawab..jadilah seorang yg mampu melindungi wanita di dunia ini..qis sedar if berubah hanya kerana seorang lelaki,tu hanya akan menyebabkan kita buat dan ulangi kembali dosa yg kita tinggalkan...qis nak jadi diri qis..qis taknak jadi hypocrite,i don't want Allah curse my name..terpulang pada anda semua untk menilai qis mcm mne sbb qis yakin yg Allah terima segala amal yg qis lakukan..moga ianya tidak akan menjadi debu yg berterbangan di hari kebangkitan nnty..semoga coretan qis pada hari ini menjadi contoh pada anda semua untk dijadikan teladan..mana yang baik lakukan,mana yg buruk tinggalkanlah.. :) ~Allah bersama kita :
VERSUS=qis vs qis=insyaAllah qis akan menjadi yg lebih baik dari sebelum ini..insyaAllah..
 doakan qis kawan2 :)