Thursday, 15 December 2011

ApAbILa HaTi MaTi



SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA MATINYA HATI  IALAH APABILA TIDAK BERASA SEDIH JIKA TERLEPAS SESUATU AMAL KEBAIKAN DARIPADANYA DAN TIDAK MENYESAL JIKA TERJADI PERBUATAN YANG TIDAK BAIK OLEHNYA.
 
Kita telah dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir walaupun tidak hadhir hati ketika berzikir. Begitu juga dengan ibadat dan amal kebaikan. Janganlah meninggalkan ibadat lantaran hati tidak khusyuk ketika beribadat dan jangan meninggalkan amal kebaikan lantaran hati belum ikhlas dalam melakukannya. Khusyuk dan ikhlas adalah sifat hati yang sempurna. Zikir, ibadat dan amal kebaikan adalah cara-cara untuk membentuk hati agar menjadi sempurna. Hati yang belum mencapai tahap kesempurnaan dikatakan hati itu berpenyakit. Jika penyakit itu dibiarkan, tidak diambil langkah mengubatinya, pada satu masa, hati itu mungkin boleh mati. Mati hati berbeza daripada mati tubuh badan. Orang yang mati tubuh badan ditanam di dalam tanah. Orang yang mati hatinya, tubuh badannya masih sihat dan dia masih berjalan ke sama ke mari di atas muka bumi ini.
 Jika kita renungi kembali kepada diri zahir manusia, kita akan dapat menyusunnya sebagai tubuh, nyawa, naluri-naluri dan akal fikiran. Bila dibandingkan dengan haiwan, kita akan mendapati susunan haiwan seperti susunan manusia juga.. Haiwan mempunyai tubuh badan, nyawa dan naluri-naluri. Bezanya adalah haiwan tidak mempunyai akal fikiran. Oleh sebab manusia memiliki akal fikiran maka manusia boleh diistilahkan sebagai haiwan yang cerdik.
 Haiwan yang cerdik (manusia), dipanggil nafsu natiqah menurut istilah tasauf . Pemilikan akal tidak mengubah manusia dari status kehaiwanan. Jika ada haiwan berbangsa monyet, harimau, kuda dan lain-lain, maka ada haiwan berbangsa manusia. Haiwan berbangsa manusia menjadi raja memerintah semua haiwan yang lain. Akal fikiran yang ada pada mereka membuat mereka boleh membentuk kehidupan yang lebih sempurna dari haiwan  lain yang tidak berakal. Akal fikiran juga mampu membuat haiwan bangsa manusia menawan daratan, lautan dan udara. Walaupun mereka berjaya menawan daratan dengan kenderaan mereka namun, itu tidak membezakan mereka daripada kuda dan haiwan lain yang mampu juga menawan daratan. Walaupun mereka berjaya menawan lautan namun, itu tidak membezakan mereka daripada haiwan ikan yang juga menggunakan lautan. Walaupun mereka berjaya menawan udara namun, itu tidak membezakan mereka daripada haiwan burung yang juga menggunakan udara. Kemampuan yang ditunjukkan oleh akal fikiran tidak mengubah status haiwan yang ada pada manusia. Apakah yang menjadikan manusia sebagai insan, bukan haiwan?
 Manusia menjadi istimewa kerana memiliki hati rohani. Hati mempunyai nilai yang mulia yang tidak dimiliki oleh akal fikiran. Semua anggota dan akal fikiran menghala kepada alam benda sementara hati rohani menghala kepada Pencipta alam benda. Hati mempunyai persediaan untuk beriman kepada Tuhan. Hati yang menghubungkan manusia dengan Pencipta. Hubungan dengan Pencipta memisahkan manusia daripada daerah haiwan dan mengangkat darjat mereka menjadi makhluk yang mulia. Hati yang cergas, sihat dan dalam keasliannya yang murni, berhubung erat dengan Tuhannya. Hati itu menyuluh akal fikiran agar akal fikiran dapat berfikir tentang Tuhan dan kejadian Tuhan. Hati itu menyuluh juga kepada anggota tubuh badan agar mereka tunduk kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang berjaya menaklukkan akal fikiran dan anggota tubuh badannya serta mengarahkan mereka berbuat taat kepada Allah s.w.t adalah  hati yang sihat.
 Hati yang sihat melahirkan takwa, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t. Takwalah yang membezakan kedudukan seseorang hamba pada sisi Tuhan. Semakin tinggi darjat ketakwaan semakin hampir seorang hamba dengan Tuhannya. Semakin rendah darjat takwa semakin hampir seseorang dengan daerah kehaiwanan. Jika takwa tidak ada jadilah manusia itu haiwan yang pandai berfikir dan berkata-kata.
Haiwan yang pandai berfikir inilah yang dikatakan manusia yang mati hatinya. Dia tidak dapat menggerakkan fikiran dan anggotanya menuju kepada Allah s.w.t. Bahagian yang menghala kepada Pencipta tidak berfungsi, hanya bahagian yang menghala kepada alam benda merupakan bahagian yang aktif. Manusia yang mati hatinya atau manusia yang berbangsa haiwan ini tidak berasa sedih jika terlepas peluang baginya untuk melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan dan dia tidak berasa kesal jika dia berbuat dosa dan maksiat yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.
 Kematian hati tidak dapat dikenal jika seseorang itu mengambil daya nilai keduniaan sebagai piawaian. Ramai orang yang menurut pengertian tasauf  sudah mati hatinya tetapi mereka mencapai berbagai-bagai kecemerlangan dalam kehidupan dunia. Mereka menjadi pemimpin kepada orang ramai. Mereka menciptakan berbagai-bagai benda keperluan manusia. Mereka berjaya mendaki Gunung Everest. Mereka memegang bermacam-macam rekod kejohanan. Mereka menguasai kekayaan dan berbagai-bagai lagi kejayaan dan kecemerlangan.
 Apa juga kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi hendaklah diletakkan di atas neraca akhirat. Jika kejayaan dan kecemerlangan itu mampu menambahkan berat dacing kebaikan, maka kejayaan dan kecemerlangan itu adalah benar. Jika tidak ia hanyalah fatamorgana.

Sunday, 11 December 2011

MaKnA kEhIdUpAn

      dah lama rasenye x update blog...now dah dapat ilham dah nak update blog :) sekarang qis nak cakap tentang kehidupan...bagi korang semua..apa yg dimaksudkan dngn kehidupan mengikut definisi korang?mestii bnyk kan...nah,kat sini qis ade kongsikan sedikit tntg makna kehidupan ;)
    Pada dasarnya manusia lahir kedunia ini hanya untuk bersujud kepada Allah, Namun bukan berarti harus over time. Perlu kita ketahui bahwa kehidupan yang kita lalui saat ini adalah kunci kedepan, Akhiratlah sebagai finalnya. Firman Allah Ta’ala : Hidup di dunia ini. Tidak lain hanyalah suatu kesenangan dan permainan belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahuinya. {Q.S. 29:64}


Kita dapat memahami secara jelas, Kehidupan kita di dunia ini hanyalah permainan, kesenangan, Bahkan bisa menjadi malapetaka bagi kita sendiri. Manusia umumnya hanya menjalani kehidupan ini apa adanya, tanpa memahami maknanya. Apalagi jika sampai lalai dengan kilauan dunia, Maka kesesatanlah yang memicu kehidupan.


Apapun yang kita miliki di dunia ini, baik itu harta yang melimpah, jabatan yang tinggi belum tentu kita akan hidup tenang. Katakan saja anda kaya, Punya jabatan tinggi dan sebagainya, tetapi apakah kekayaan dan jabatan itu boleh membahagiakan anda? Belum tentu, jika nafsu kita yang tidak pernah puas.Kecuali bila seseorang sedar dan merasa puas dengan apa yg telah dititipkan oleh Allah kepadanya, Barulah tergolong manusia yang bahagia.Bagaimanapun indah dan suksesnya meraih dunia ini, dia tidak akan bahagia. Manusia ada watak dasar, yaitu bosan, gelisah, atau selalu khawatir dan khawatir.
 Kata Mutiara
> Dua perkara yang tidak akan membuat seseorang merasa puas : Mencari ilmu dan mencari harta.


> Ilmu jauh lebih baik dari harta. Karena, ilmu akan menjagamu, sedangkan harta engkaulah yang menjadi penjaganya.


> Binasalah seseorang yang tidak tahu ukuran (siapa) dirinya.


>Siapa yang tahu jauhnya perjalanan (yang akan ditempuh), ia pasti akan bersiap-siap.
      
         Renung-renungkan ya apa yg qis cube kongsikan nie :)

Monday, 31 October 2011

sEsUnGgUhNyA ....

doa untuk kita semua wahai wanita:)
  ya ALLAH....sesungguhnya hati seorang wanita itu tersangat lah lembut sehinggakan ada kaum adam  yg
sanggup menyakitinya tetapi seorang wanita itu begitu tabah untuk menepis segala kesakitan yg datang itu..betapa besarnya dugaan yg telah engkau berikan kepada seorang wanita itu..tetapi dia sering redha dengan ketentuanMU itu ya ALLAH..
           kepada wanita2 yang sering disakiti oleh kaum adam..ingatlah bahawa ALLAH maha penyanyang dan maha pemurah..tidak mempunyai teman sekarang bukan bermakna kita x ada jodoh lagi...tapi...INGATLAH bahawasanya....ALLAH telah mempersiapkan kepada kita jodoh yang amat sempurna :) ingatlah sesungguhnya JANJI ALLAH itu benar :)
            wahai kaum waniita,ingatlah lah juga sesungguhnya sedalam ape pon cinta kamu terhadap seseorang itu..jikalau ALLAH tidak meredhainya..maka jangan kau salahkan kenapa begini nasib yang kau terima..malahan kau harus berfikir sesungguhnya ALLAH masih mencintaimu lebih dalam dari cintamu kepada seseorang yang kamu sayangi itu...maka kamu haruslah bersungguh dalam mengejar dan merebut cinta ALLAH :)
TRUTH WORDS :)
   kat sini qis ade sediakan doa2 dan kata-kata sesuai dengan cinta kita kepada ALLAH sahaja :)
say this:)
                                     CINTA YANG SEBENAR :)
I LOVE ALLAH :)
p/s : dahulukan mana yang wajib+baik dan tinggalkanlah segala kemaksiatan :)


Saturday, 29 October 2011

tHe LaSt dAy

                                     hye to all my followers :) this is maybe my last entry before 
                          my examination day..hihihi..to all my friends yg nak amik spm tu..GOOD LUCK k..
                               do all ypur bez...n jngn lupe doakan qis jugak ye... :) thanx friend :)
             qis akan rindu untuk menulis kat blog nie lagii...ok all my friends... daaadaaa :) take care :)
miss u always :)
                                  DONT MISS ME OK? hihihi


            bubyeee ! assalamualaikum :)

kEmBaLi zAmAn DuLu KaLa

                             hey smua....you know what?qis windu sangat zaman2 dulu kala...
                 huhuhuh...tambah2 zaman skola rendah dulu2..TAPI yg masih fresh kat otak nie 
                          zaman skolah menengah laa kan..cause its juz happen like baru je lagi...
                         thats why la qis ckp bende tu still fresh agy..huhu...nyways all the past memoir
                     qis xkan lupe laa...huhuh...sebut pasal zaman skola kan..nnty dah tak lama lagii qis 
                 akan tinggalkan zaman persekolahan..tamat jee SPM nnty..maka hanya tinggal kenangan 
                       ajeelaa smuaa memoir yg indah belaka nie... :( thats so sad kot...hurm...
                   but the way..qis harap smua kengkawan still keep in touch laa ngn qis yea? :)
                       ok..kat sini qis nak tunjuk kat korg la qis pnye bestie kt skola lame dulu...


farisya ainan :)
                  nie kawan qis time sek kat MUC dulu..huhhuhu..:) die laa tempat qis cite itu & ini...die laa        yg bnyk nasihat qis...hukhuk...die lah kawan yg paling bez skalii...qis sayang die sgt2 kot...
farizah othman :)
             haaa...yg nie lak..frenz yg qis paling sayang sekali...die dah mengajar qis bnyk makna dalam 
      persahabatan..qis sayang die sngt2..bnyk memory qis ngn die....huhu..ade suke+duka..tpi plg bnyk
                               gembira la kan... huhu.. love you :)  <3
badan pengawas MUC 2009
 yang kat ats ni plak gamba qis time qis jadi pengawas kat skola lame dulu...jadi pngawas kat skola lame bez!
 bnyak pengalaman dapat..pengalaman nak layan bebudak yg kerek2..yg nakal...macam2 agy laa...tapi  bez                                 laa..kenangan smue tu..
classmate time form2
      gamba nie plak gamba qis ngn semua classmate qiss time qis form 2...time nie time yg paling nakal sekali..
  hahaha..ni laa memory yg paling qis rindu+sukaa sngt2 :)

                         i really miss all of this memory <3

Wednesday, 19 October 2011

key to succsess :)

                              These days most busy days because ade much work !!It does not need to know what works so !


              tired it ! but humm ..to be successfulit..cannot complain !! we should know that to be successful is not difficult ! so we must know how to find opportunities for success !



   never tired to get success from our efforts 

use the best possible chance of success :) :)