Thursday, 6 December 2012

Sabar :')

 Assalamualaikum semua, hari ni qis akan kongsikan dengan anda semua mengenai SABAR. Siapa tau apa itu sabar? Angkat tangan.. hee.. eah, tak nampak lah siapa yang angkat tangan tu. hihi :) gurau-gurau je ye. Sebelum qis meneruskan penulisan qis tentang tajuk baru ni, qis nak terangkan pada semua definisi sabar. Pada siapa yang tahu, Alhamdulillah. Tapi pada siapa yang tak tahu, harap degan apa yang qis kongsikan ni dapat membantu ye. Sabar dalam konteks ISLAM adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak agama Islam, bahkan juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

Lebih daripada 90 ayat dalam kitab Allah yang agung dan sungguh indah penulisannya iaitu AL-QURAN telah menceritakan mengenai kesabaran. Antaranya ialah Firman Allah yang bermaksud; Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. ~ Surah AL-BAQARAH : AYAT 153.

Ringakasnya disini ialah, semua orang haruslah menanamkan sifat sabar yang mendalam kerana melalui kesabaran itulah yang akan mencerminkan sifat seseorang itu. Melalui kesabaran juga kita akan memperoleh sesuatu yang bernilai daripada Allah. Allah sengaja memberi ujian kepada setiap hambaNya kerana Allah hendak menguji sejauh manakah tahap kesabaran seseorang hamba itu. Jika Allah memeberi ujian kemiskinan kepada kita, maka janganlah kita terus menyalahkan  Allah dengan sebab kemiskinan kita itu, bahkan kita haruslah bersabar dan bersyukur Allah masih lagi memberi ujian kepada kita. Allah mendatangkan ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita.
Jadi, untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah, kita kena bersabar dengan ujian kemiskinan itu dan berusaha untuk mencari jalan keluar daripada kemiskinan, bukanlah hanya sekadar berharap kepada bantuan daripada orang lain. Jadi, setelah kita berusaha barulah kita akan mendapatkan hasilnya. Untuk mendapatkan hasilnya itu juga kita perlukan kesabaran yang tinggi, jika kita tidak mempunyai kesabaran yang tinggi kita hanya akan temui jalan putus asa. Ingatlah, dengan kesabaran pelbagai yang boleh terjadi. 

Tuntasnya disini, Allah hendak menunjukkan kepada hambaNya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah tergopoh-gopoh dalam sesuatu hal itu kerana sifat tidak sabar itu sebahagian daripada perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan satu peringatan untuk semua, hanya  kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak dinoda oleh iblis dan syaitan laknatullah. 

                                            SELAMAT BERAMAL SEMUA =) 






No comments:

Post a Comment